<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/8303813429990894283?origin\x3dhttp://shafeyqa.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
SHAFIQA
i stand on my own just to be me
\
as it is my name
WELCOME


SHAF+EYQA=SHAFIQA

-20 ( 16 july 1989 )
-uitm segamat ( investment analysis )
-ex-smksj (5 setia ), ex-skbs
-big fan of brad pitt
-ultimate fan of coffee
-so into bossini and D&G
-crazy my ellesse watch
-all around with my camera

-in love with giordano
-ultimate fan of mom and dad

prologue
myspace
facebook
friendster
twitter


break the silence



no more fly


wish list

doodolls
bangalow in south quey
glow skin
pf (u)( something gurls do! )(/u)
be nice to others (no fight, no scar inside!)
rome+makkah+italy=tour
own company coming soon
give my mom her favourite LV handbag for burfday (handbag again? she just had bonia last 2 month)
you!!!!(lalalala.. no one p.s// acting in twilight and chase ..)

article lama

::: January 2009
::: February 2009
::: March 2009
::: April 2009
::: May 2009
::: July 2009
::: August 2009
::: September 2009


member

link
family
lil bro
lil sis
zuryna
shireen


friends
ain hamid
ummul
fae
heleena
soraya
aiman
afiqah
zikri
dion
nadia raha
sarah halim
acap
nawal
peanut
azrina
haziey
amira a.k.a. kiki
ogy
mimi


sweet heart
Image Hosting by imagefra.me


Sunday, March 1, 200912:43 AM


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda,
sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda.
Begitulah hebat dan misterinya kehidupan.
Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama.

Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain,
wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.
Misterinya suara hati memang sukar dibaca.
Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang.

Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.

Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.
Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar.
Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini.
Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut.
Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.
Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan.
Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik.

Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar
wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda,
cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.
Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya,
cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik
itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh
Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik,
malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan
tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh
dan padu. Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu
kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu
anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda
yang menampani. Siapa anda, anda sendiri yang menentukan.

Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.

~ Dr H.M.Tuah

Labels:




0 comments